Previous Next

Sunday 10 May 2015

DEBAT PIALA IBNU KHALDUN: USIM DINOBAT SEBAGAI JUARA

Posted by sekrefem | 06:16 Categories:

USIM,12 APRIL 2015 – Menggalas tanggungjawab dalam memperkenalkan Fakulti Ekonomi dan Muamalat di peringkat nasional, Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama Kelab Debat Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan sebuah pertandingan debat ekonomi Piala Ibnu Khaldun peringkat kebangsaan pada 12 April 2015 sehingga 15 April 2015.

Pertandingan debat ekonomi ini disertai oleh 8 pasukan yang hebat iaitu USIM A, USIM B, TAMHIDI ( Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia), Uitm ( Universiti Teknologi Mara,Dungun) , UMP (Universiti Malaysia Pahang) , UNiZA (Universiti Sultan Zainal Abidin), UM (Universiti Malaysia), dan UTM (Universiti Teknologi Malaysia,Skudai).

Bertemakan isu ekonomi Malaysia, pertandingan ini berjaya mengangkat nama USIM dalam bidang perbahasan tatkala pasukan USIM A selaku pembangkang berjaya merangkul Johan dalam pusingan akhir menundukkan usul yang dibawa oleh pihak kerajaan iaitu UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin).Jalinan persahabatan antara universiti turut terjalin apabila setiap pasukan bersaing secara sihat dan bersikap professional dalam menerima segala keputusan juri.

Perasmian penutup pertandingan Debat Ekonomi Piala Ibnu Khaldun ini disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin.


                Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada mana-mana pihak yang membantu menganjurkan pertandingan ini secara langsung dan tidak langsung.


Bicara Ilmiah Wadah Informasi Mahasiswa

Posted by sekrefem | 06:12 Categories:



USIM,26 Mac 2015- Dewan Kuliah Pusat 4 menjadi saksi berlangsungnya sebuah diskusi ilmiah anjuran Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USIM. Membawa topik kontroversi iaitu ‘GST: MAHASISWA IKAT PERUT?’,diskusi ilmiah ini berjaya menarik minat mahasiswa/i USIM untuk lebih mendekati serta mengenali kondisi ekonomi dunia secara amnya serta Malaysia khasnya.
Diskusi ini dihadiri oleh tiga orang panel iaitu Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman (Sekretariat Kluster Ekonomi dan Pengurusan , Majlis Profesor Negara) , Dr Izlawanie Muhammad (Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, dan YDP Abdul Muiz Abdul Hakim (Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM) serta moderator saudara Muhammad Istiqlal Ismail (Bendahari SekreFEM).
Majlis diskusi juga turut menerima kunjungan hormat dari Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin.
Antara pengisian diskusi tersebut ialah berkaitan dengan kefahaman rakyat Malaysia akan pelaksanaan GST (Goods and Services Tax) secara puratanya dianggap bakal membebankan rakyat. Sebuah tanggungjawab berat yang perlu digalas oleh ahli panel dalam menjelaskan secara terperinci pelaksanaan GST ini tidak perlu menjadi igauan para mahasiswa, bahkan ianya adalah sebuah sistem cukai yang sistematik dan baik.
Namun, persoalan juga timbul tatkala mahasiswa inginkan kepastian dan jaminan dari pihak kerajaan dalam mencerahkan kembali tahap persediaan negara Malaysia serta warganya dalam menghadapi perlaksanaan sistem cukai yang baru ini.

Justeru, dapatlah disimpulkan disini bahawasanya mahasiswa USIM cakna terhadap isu semasa dan sentiasa mendokong usaha murni Universiti Sains Islam Malaysia dalam melahirkan mahasiswa/i yang berjiwa cintakan negara.



Foto 1 : Mahasiswa hadir mendengar pengisian ilmu.


Foto 2: Sesi soal jawab

Editor SekreFEM
Lajnah Multimedia dan Penerbitan
Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Fleksibel.Efisien.Mesra

Saturday 28 February 2015


Bismillahirrahmanirrahim.
Saya mewakili saf pimpinan Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester 1 sesi akademik 2014/2015 kepada semua mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia khususnya buat mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat. 
Peperiksaan akhir yang dijadualkan bermula pada 29 Disember 2014 sehingga 15 Januari 2015 bakal menyaksikan perubahan lokasi pusat utama peperiksaan dari Stadium Tertutup Nilai ke Dewan Besar USIM. Namun, itu bukanlah isi utama ucapan ini.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah mengenai beberapa perkara yang perlu dititikberatkan semasa peperiksaan akhir iaitu :-
1. Kesihatan
Mengikut pengalaman lepas, kebiasaannya segelintir pelajar USIM pasti akan mengalami masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan demam ketika musim peperiksaan. Untuk kali ini, saya berpesan agar anda semua tidak mengabaikan kesihatan diri walaupun sibuk mengulangkaji pelajaran. Pastikan badan anda mendapat rehat yang secukupnya kerana sesungguhnya akal yang cerdas datang dari badan yang cergas.
2. Keselamatan
Aspek keselamatan juga perlu diambil perhatian memandangkan kebelakangan ini banyak kes pecah rumah melibatkan pelajar USIM. Sila pastikan pintu rumah dan bilik dikunci sebelum tidur atau sebelum keluar ke mana sahaja hatta ke masjid/surau sekalipun. Anda digalakkan untuk tidak pulang lewat malam terutama bagi mahasiswi. Dan jangan lupa jaga keselamatan diri dengan memandu/menunggang kenderaan secara berhati-hati di jalanraya. Biar lambat, asal selamat.
3. Ihtimam dengan ilmu
Saya juga ingin mengingatkan agar semua mahasiswa/i ihtimam dengan ilmu yang dipelajari. Saya amat kesal dengan sikap segelintir daripada kita yang membiarkan/meninggalkan nota dan buku di tepi dewan peperiksaan setelah selesai menjawab sesuatu peperiksaan. Ingat, ilmu yang kita pelajari bukan hanya untuk dimuntahkan di atas kertas semata tetapi ianya untuk diamalkan dan kegunaan sepanjang zaman.

Dalam kesempatan ini, saya serta seluruh jawatankuasa SekreFEM merakamkan rasa simpati dan takziah kepada semua mangsa banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. Akhirul kalam, tiada kejayaan yang lebih indah melainkan kejayaan bersama. Semoga terus cemerlang untuk ummah.

MUHAMMAD NOR AMAN BIN JAMALUDDIN
PRESIDEN SekreFEM SESI 2014/2015


PROGRAM BICARA ILMIAH 2.0 (BIAH):
“MEDIA SOSIAL, ANTARA TELUS DAN FULUS”

USIM,15 DISEMBER 2014 – Lajnah Multimedia dan Penerbitan Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional Malaysia (PEMBINA) telah mengambil langkah maju kehadapan dengan menganjurkan forum Bicara Ilmiah 2.0 (BI’AH) bertajuk “Media Sosial, Antara Telus dan Fulus”.

PENCERAMAH : USTAZ ADNIN ROSLAN, USTAZ AHMAD SHUKERY AZIZAN
MODERATOR: MUHAMMAD ASYRAF AMRAN
VIP :    PEMBINA – NOOR ELKAMIL ELIAS

            SEKREFEM – MUHAMMAD NOR AMAN JAMALUDDIN

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASSYURA DAN LIQA’ MEGA

Posted by sekrefem | 06:49 Categories:
PROGRAM MEMASAK BUBUR ASSYURA DAN LIQA’ MEGA

USIM, 30 OKTOBER 2014– Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) telah menganjurkan majlis Iftar Jamaie dan sambutan Hari Assyura khusus bagi mahasiswa mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Majlis berlangsung dari jam 12 tengah hari sehingga 10 malam.
                Majlis dimulakan dengan aktiviti memasak bubur aa-syura di Dataran Selera FEM.  Aktiviti ini turut disertai pleh mahasiwa USIM yang sudi menghulurkan bantuan bekerjasama menyiapkan juadah berbuka puasa.Majlis iftar jamaie ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan FEM (Pembangunan Pelajar dan Prestasi)  Dr Nursilah Ahmad.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube