Monday, 23 September 2013

BENGKEL PENGHAYATAN AKADEMIK 2013

Posted by sekrefem | 14:11 Categories:

Assalamualaikum wbt..


Bahasa puitisnya,tak kenal maka taaruf-lah”Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 18 September 2013pihak Pentadbiran FEM dengan kerjasama SekreFEM sendiri telah menganjurkan Bengkel Penghayatan Akademik 2013 Fasa 1( Fasa 2 bakal menyusul) melibatkan semua pelajar junior, Tahun 1 FEM sesi pengajian akademik 2013/2014 seramai 363 pelajar. . Bengkel ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai fakulti dan barisan pentadbiran fakulti kepada para pelajar baharu. Bengkel ini juga mempunyai objektif sampingan, iaitu membantu para pelajar tahun 1 dalam menyesuaikan dengan  suasana pembelajaran di USIM amnya dan FEM khususnya bagi meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang. Bengkel ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Pemangku Timbalan Dekan Pembangunan Pelajarpara pentadbiran FEM dan pensyarah-pensyarah FEM. Semua junior (cewwwaaah, senior sangat…) diperkenalkan kepada setiap tetamu yang hadir mengikut jawatan masing-masing- memudahkan urusan mereka kelak jika hendak berhubung atau berinteraksi atau mungkin terserempak dengan setiap tetamu (tidak-lah dikatakan tidak menghormati orang yang patut dihormati).

Sebahagian gambar sekitar bengkel berjalan :-

Menunggu ketibaan para tetamu
Mukadimah
Ketua Program Kos Korporat
Sesi berkenalan
Freshie - Muamalat, Korporat
Freshie - Marketing, Accounting

Junior-junior juga dipecahkan mengikut kos masing-masing dan diberi penerangan yang lebih jelas mengenai kos mereka. Penerangan yang dibuat oleh ketua program masing-masing lebih berkisar kepada subjek-subjek yang bakal mereka pelajari sepanjang belajar di sini dan juga peluang pekerjaan yang sedang menanti mereka selepas bergraduasi nanti (menarik minat untuk teruskan belajar di FEM-harap tidak ada yang tukar Fakulti lain). .


Diharapkan penganjuran program-program yang akan datang disambut baik oleh para pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat dalam hasrat ingin menjadikan FEM sebagai sebuah fakulti yang pertama dan keterhadapan dalam sahsiah dan juga akademik disamping kemahiran insaniah yang tinggi.

Akan bersambung untuk BPA Fasa 2 yang dijangkakan pada 5 Oktober 2013 (Sabtu) - yang lebih menarik aktiviti yang bakal dijalankan.

InsyaAllah .Terima Kasih.

Jazakallah.

"MELESTARI SAHSIAH, MEMBUDAYA ILMU"

Wednesday, 7 August 2013

SEUNTAI KATA DIHARI RAYA

Posted by sekrefem | 08:18 Categories:
بسم الله الرحمن الرحيم

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar. "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Ilham".   Gema takbir telah kedengaran tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan kita berpuasa pada bulan Ramadan.    Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk menghadapi Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini.    Semoga ibadah kita semasa bulan yang mulia itu diterima dan diredhai oleh Allah S.W.T., hendaknya.     Justeru, istiqamahlah dengan segala amal ibadah yang kita lakukan semasa bulan Ramadan yang telah berlalu seperti kita tidak akan bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang . 





Sambutlah Syawal pada tahun ini dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan. Bagi yang masih dapat duit raya itu, janganlah guna duit raya sewenang-wenangnya, eloklah disimpan duit itu untuk kegunaan masa hadapan. Lebih AFDHAL!! 


Jangan lupa Puasa Sunat 6 hari di 
bulan Syawal! 
Banyak hikmahnya..











Akhir kalam, kami menyusun sepuluh jari mengucapkan



    ~ikhlas dari kami,warga SEKREFEM.

Friday, 30 November 2012

MAJLIS ANUGERAH DEKAN KALI KE-2

Posted by sekrefem | 11:28 Categories:

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


'Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'. 
Peribahasa di atas menggambarkan kegigihan dan kesungguhan pelajar ketika berjihad di atas landasan ilmu , demi mencapai tujuan yang jitu samada duniawi mahupun ukhrawi . Segala ujian dihadapi dengan tekad demi untuk memperoleh sebuah kemanisan yang seketika , namun kesannya berpanjangan. Penghargaan yang selayaknya patut diberi kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mengekalkan prestasi yang tinggi dan memberangsangkan di dalam akademik mereka.

Sehubungan dengan itu, pihak SekreFEM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sebuah majlis yang bakal mengiktiraf jerih payah pelajar-pelajar ini iaitu dengan melancarkan


Majlis Anugerah Dekan 


yang akan diadakan pada 


5 Disember 2012


Rabu

bersamaan 


  21 Muharram 1434H
  

Majlis ini sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang bukan sahaja telah berjaya merangkul anugerah dekan , malah bakal menjadi tunas-tunas pemangkin Ekonomi Islam di mata dunia pada masa akan datang .







' Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life as by the obstacles which he has overcome. '
           Booker T. Washington 

As quoted by this famous author and advisor to the Republican presidents, success always includes obstacles in its package where people need to withstand them with all their might and will in order to win the success itself .  There are some, particularly students, who did put everything they had in line for the sake of reaching and realizing their objectives secularly or religiously in their lives. For this, they are paid with a very sweet success they had dreamed and longed for . Realizing this, these students should be appreciated highly for their determination and hard work in achieving and maintaining their high performance in their studies.


In conjunction with that, SekreFem has taken an initiative to hold a programme or a ceremony where these students' hard work will be acknowledged and appreciated by organizing

Majlis Anugerah Dekan 


which will be held on


5th December 2012


Wednesday

corresponding to 


  21st Muharram 1434H


This ceremony is as a symbol of gratitudes from us, SekreFEM to those who succeed in putting their names in the Dean's List and who may well be the catalyst of the Islamic Economy and the leaders who will lead our economy to all parts of the world.

Thursday, 1 November 2012

AHLAN WASAHLAN,WELCOME,SELAMAT DATANG

Posted by sekrefem | 03:22 Categories:
Assalamualaikum..selamat datang ke laman rasmi Sekrtariat Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Muamalat.

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube