Wednesday, 17 December 2014

       

Assalamualaikum semua. Sentiasa berada di dalam rahmat dan barakah dari ALLAH S.W.T hendaknya. Minta maaf kepada pihak sekrefem sebab baru nak update blog. Maklumlah banyak kekangan. Hehe. Sini saya nak cerita sikit tentang beberapa program Pihak Sekretariat Mahasiswa dan Mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Muamalat atau lebih dikenali dengan nama SekreFEM telah mengadakan Lawatan Antarabangsa bertempat di Universitas Darussalam (UNIDA) Gontor Ponorogo. Lawatan Antarabangsa ini melibatkan seramai 15 orang pelajar yang terdiri dari ahli SekreFEM sendiri. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan antarabangsa kepada pelajar agar pelajar mempunyai perspektif global yang luas tentang perbezaan pendidikan antara USIM dan UNIDA. Di samping itu juga untuk memperkenalkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) khususnya dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) secara amnya sebagai salah sebuah universiti di Malaysia yang menawarkan program akademik bersesuaian dengan pasaran semasa yang berteraskan pendidikan Islam dan Syariah.Para pelajar juga berkesempatan untuk melawat Pos Indonesia, Istana Lama dan tempat pembuatan batik yang terletak di sekitar bandar Yogyakarta. Malahan pelajar juga tidak terlepas peluang untuk dibawa mengelilingi kampung di sekitar Gontor dengan menaiki basikal. Tambahan juga, para pelajar turut diberi kesempatan untuk menghadiri dan menyaksikan sendiri acara Konvokesyen di UNIDA iaitu acara Wisuda. Banyak pengalaman dan pengajaran yang pelajar telah dapat sepanjang lawatan tersebut. Dan ini telah menaikkan lagi semangat para pelajar untuk lebih berjaya pada masa akan datang.



BUTIRAN PROGRAM
 Nama Program Singkatan               : LA SekreFEM 2014
                        Penuh                    : Lawatan Antarabangsa Sekretariat Mahasiswa dan Mahasiswi
                                                        Fakulti Ekonomi dan Muamalat 2014

 Tarikh Masa dan Tempat
                                                        Tarikh : 2 hingga 8 September 2014
                                                        Masa : 07.00 pagi – 10.00 malam
                                                        Tempat : Universitas Darussalam (UNIDA) Ponorogo, Indonesia

  Anjuran
                                                        Jawatankuasa Sekretariat Fakulti Ekonomi dan Muamalat sesi 2013/2014

 Pengarah Program                           : Muhammad Nor Aman Bin Jamaluddin (1120570)
 Pegawai Pengiring                           : Dr Nursilah Ahmad (Timbalan Dekan FEM-Pembangunan Pelajar dan
                                                         Pengurusan Prestasi) 


Monday, 16 June 2014

SeLaMaT MeNDuDuKi PePeRiKSaaN aKHiR

Posted by sekrefem | 10:26 Categories:
Assalamualaikum...


Harap belum terlambat untuk me'wish' 'gudluck' kepada rakan-rakan seperjuangan.. 
Dan sebenarnya, 'Final Exam' telah bermula secara rasminya pada 9 Jun 2014(Isnin)..

Pesanan Penaja : 

Bismillah..
Ya Allah, kurniakanlah kami KEJAYAAN yang MENDEKATKAN diri kami kepada-Mu, dan janganlah Kau kurniakan kami KEJAYAAN yang MENJAUHKAN diri kami daripada-Mu, sesungguhnya kami mengharapkan keredhaan-Mu"


> Jangan tinggalkan SOLAT HAJAT setiap hari.
> Jauhi DOSA.
> Fokuskan pada BELAJAR.
> Banyakkan DOA.

"Keyakinan kepada ALLAH adalah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering, menjadikan seorang muslim tetap TEGAR di saat orang lain   berguguran dan tetap TENANG di saat orang lain ketakutan. Biar REBAH jangan BERUBAH, biar TERBUANG terus BERJUANG. Ujian adalah TARBIYYAH dari ALLAH, semakin DEKAT BAHTERA kita kepada-Nya, semakin Hebat TAUFAN melanda.."
Ingatla wahai teman-temanku sekalian, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha . ‘Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,   melainkan kaum itu sendiri”.

 Jika ingin BERJAYA jangan hanya tahu berdoa tetapi tidak  berusaha terlebih dahulu. Seperti kisah seorang bidu’in dengan untanya,dia meninggalkan untanya ,lalu Nabi SAW    bertanya ;kenapa kamu tidak menambat unta kamu?,lalu dia menjawab’”aku letakkan kepercayaanku kepada Allah. Nabi SAW pun berkata, tambat unta kamu dahulu kemudian baru la kamu bergantung kepada Allah”. Riwayat Attarmzi dan Ibn Majah. Oleh itu,berusaha sehabis mungkin kemudian barulah kita bertawakal kpd Allah.

Ala kulli hal, selamat bermujahadah wahai sahabat-sahabatku,jaga  kesihatan,berhati-hati di jalan raya. Doaku sentiasa mengiringimu.
Presiden SekreFEM (Mohd Syazwan Bin Omar)
 "Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu"
"Ramadan is coming"


MaJLiS KeCeMeRLaNGaN MaHaSiSWa 2013/2014

Posted by sekrefem | 10:07 Categories:

Assalamualaikum...

"Man Jadda WaJada, Wa Man Zara'a Hasoda" 

Alhamdulillah, sebuah majlis penghargaan telah berjaya dilangsungkan sekali lagi oleh Pihak Fakulti Ekonomi dan Mualamat dengan kerjasama Sekretariat Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM) sesi 2013/2014 apabila menganjurkan Majlis Kecemerlangan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi & Muamalat 2014 pada 17 Mei 2014 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3), Universiti Sains Islam Malaysia. 



Majlis ini melibatkan semua pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang telah memperolehi kecemerlangan sejak sesi pengajian akademik semester 1 dan 2 bagi sesi pengajian akademik 2012/2013 dan semester 1 bagi sesi pengajian 2013/2014. Seramai 243 peserta dijemput hadir yang    terdiri   daripada pelajar FEM daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

 Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan Mahasiswa/i FEM yang berjaya memperolehi pencapaian gred semester 3.60 dan keatas pada peperiksaan akhir yang lepas iaitu bagi Sesi I 2012/2013, Sesi II 2012/2013 dan Sesi I 2013/2014. Ia juga  sebagai pendorong kepada   Mahasiswa/I FEM untuk      meningkatkan pencapaian  akademik. Di samping itu,   majlis ini juga diadakan bagi menghargai sumbangan pensyarah dan pelajar yang pernah mengharumkan nama FEM dalam bidang masing-masing. 



Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat iaitu Dr. Amir   Shaharuddin. Turut hadir   dalam majlis ini adalah Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi) FEM Dr.Nursilah Ahmad dan Dr. Siti Nurazira Binti Muhd Daud.

Kemudian, majlis ini diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Fourteen yang terdiri daripada pelajar Fakulti Quran dan Sunnah.
 

Program ini juga mendapat sokongan yang baik dari pihak pentadbiran dan para pelajar FEM agar dapat diteruskan pada tahun akan datang. Harapannya, agar Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat 2014 dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan menjadi salah satu sumbangan pihak SekreFEM kepada pelajar FEM.


Allahu Ta'ala A'lam.

"Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu"

AL FATEH LEADERSHIP CAMP 2014

Posted by sekrefem | 09:07 Categories:
Assalamualaikum...

Maaf, baru nak 'update'...

Sapa yang tak kenal Sultan Muhammad Al Fateh? Mesti semua orang kenal,kan? Dengar nama je pun, dah meremang bulu roma. Sultan yang berusia muda yang disebut dalam hadis Nabi SAW.




Kuala Pilah – Alhamdulillah, satu program yang bermakna telah berjaya diadakan oleh SekreFEM pada 18 April 2014 iaitu Al-Fateh Leadership Camp di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah. Program yang melibatkan 3 buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan disertai  oleh 51 orang peserta (terlibat dengan badan kepimpinan sekolah) telah terpilih. Mereka terdiri daripada 10 orang wakil dari Sek. Men. Keb. Senaling, 10 orang peserta dari Sek. Men Keb. Juasseh dan 31 orang peserta dari Sek. Men. Keb. Mantin.




Bengkel ini adalah bertujuan untuk membina dan mengasah bakat kepimpinan pelajar bertunjangkan Islam disamping menyemai semangat kerja berpasukan dan persefahaman antara ahli dalam organisasi. Tambahan,
daripada program ini, kita dapat melahirkan lebih ramai lagi Al-Fateh untuk menjadi pemimpin yang
mempunyai ciri keperibadian seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.


Pada hari pertama peserta didedahkan dengan cara untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Tips untuk menjadi pemimpin dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Norita Norwawi. Peserta mempelajari perwatakan Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara. Beliau menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turki.

Seiring dengan lagu tema program ini, Pejuang Agama.



Program juga diselitkan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah disediakan oleh
pengurusan program. Antara LDK yang dijalankan pada hari pertama ialah sesi ‘Ice Breaking’ peserta
beserta fasilitator setiap kumpulan. Di dalam aktiviti tersebut, diselitkan sekali permainan permainan
yang menarik bagi mengeratkan lagi hubungan antara peserta dengan fasilitator. Disebelah petangnya, peserta diuji kekentalan diri mereka. Mereka dikehendaki untuk menampung bebanan
berat yang sebenarnya adalah bebanan yang akan dipikul oleh seorang pemimpin apabila seseorang itu dilantik. Sangat menakjubkan apabila setiap peserta mampu untuk mngangkat bebanan tersebut dengan penuh kesabaran.



Disebelah malamnya, pihak penganjur mengadakan 1 aktiviti kembara malam. Aktiviti ini bertujuan untuk mengingatkan para peserta bahawa setiap masalah dan kelemahan yang terjadi pada diri seseorang perlulah dirujuk kembali kepada sang Pencipta.

Program ini diteruskan lagi pada hari kedua dengan aktiviti explorace di sekitar Resort Seri
Menanti. Setiap permainan yang disediakan adalah berkaitan dengan membentuk seorang pemimpin
serta melatih diri setiap peserta untuk mengawal dan membentuk strategi dalam sesebuah
organisasi. Peserta diuji dari segi mental dan fizikal. Walaupon aktiviti explorace ini amat meletihkan
peserta, tetapi para peserta dapat mempelajari teknik teknik dalam membentuk strategi.




Peserta juga diberi peluang untuk melawat Istana Lama Seri Menanti yang terletak
bersebelahan dengan Seri Menanti Resort. Reka bentuk Istana ini amat menarik sekali.  Ianya
mempunyai empat tingkat dengan setiap tingkat mempunyai bilik-bilik tertentu.  Misalnya pada tingkat
pertama istana ini terdapat empat bilik dan beranda sepanjang 160 kaki.  Manakala tingkat keduanya
pula mempunyai tiga bilik dan bilik-bilik itu didiami oleh kerabat-kerabat diraja.  Pada tingkat ketiga
dan keempat pula masing-masing mempunyai satu bilik.  Tingkat ketiga adalah tempat kediaman
Yamtuan Muhamad manakala tingkat keempat pula adalah tempat simpanan khazanah raja.




Hari terakhir peserta di program ini telah diisikan dengan slot pengendalian majlis formal yang
telah dikendalikan oleh ahli SekreFEM sendiri ,Zafirah Suhailah binti Abdullah. Dalam slot ini, peserta
didedahkan dengan cara-cara untuk mengendalikan sesebuah majlis rasmi. Objektif slot ini telah tercapai apabila peserta diberi tugas untuk mengendalikan sendiri majlis penutup Al-Fateh Leadership Camp pada ptg itu. Sambutan majlis penutup tersebut amatlah menggalakkan kerana majlis itu
berjalan lancar seperti yang telah dirancang.



Lanjutan daripada Al-Fateh Leadership Camp, pihak SekreFEM merancang untuk menjadikan program ini sebagai salah satu program rasmi SekreFEM yang akan dijalankan pada
setiap tahun dimana objektif utama penganjurannya adalah untuk untuk melahirkan lebuh ramai lagi
pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.


Diharapkan penganjuran program ini akan disambut baik oleh bakal pemimpin akan datang
dalam hasrat ingin menjadikan umat Islam sebagai pemimpin yang disegani disetiap pelosok dunia
seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.

Insyaallah. Sekian.

"Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu"




Sunday, 27 April 2014

'Jilul Henshin' - 'Islamisasi Berinspirasi'

Posted by sekrefem | 02:04 Categories:

‘Jilul Henshin’ merupakan gabungan bahasa Arab dan bahasa Jepun. ‘Jilul’ bermaksud generasi dan ‘Henshin’ pula bermaksud berubah.
Program ‘Jilul Henshin’ ini terbuka kepada semua staf pentadbiran, para pensyarah dan pelajar-pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang dua minggu program ini berlangsung. 

Antaranya:

Amalan sunnah nabi
Antara galakan yg diterap dlm program jilul henshin

Speaker Corner di Kafe FEM







[ Jilul Henshin | Forum | Majlis Penutup ]

Untung dunia amat sukar diperolehi. 
Melalui jalan-jalan yang susah dan payah mempunyai pelbagai risiko sedangkan untung akhirat mudah diperolehi tiada menanggung apa-apa risiko kerugian. 
Jalan untuk memperolehi untung dunia amat payah dan amat mencabar. Sakit dan letih tubuh badan dibuatnya.

Sedangkan jalan dan cara untuk dapat untung akhirat teramat mudah dan senang tanpa sakit dan letih tubuh badan.

Perlukah untung di dunia ?
Bukankah keuntungan akhirat itu yang utama ?
Adakah perlu untung akhirat sahaja ?
Dunia kita tinggalkan terus ?
Bagaimana kalau kita mahu untung di dunia dan juga akhirat ?
Apakah perniagaan/amal yang menguntungkan keduanya ?


Alhamdulillah sebagai kemuncak program Jilul Henshin, Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM) bersama IKRAMSiswa USIM Nilai telah menganjurkan sebuah forum
bertajuk : '
'Perniagaan Untung Dunia, Untung Akhirat'' dihadiri ramai mahasiswa/i, penuh satu dewan.  Bersama ahli panel yang diterbangkan khas dari Kedah dan juga moderator yang mantap :-
Ustaz Aswad Nason (Panel 1)
Syeikh Muhd Zainul Asri (Panel 2)
Afiq Farhan (Moderator)
Kata-kata yang sempat penulis ambil :
"Perniagaan yang bertepatan dengan syariat ", "Bertakwa kepada Allah, letakkan Islam di depan, Allah jamin rezeki", "Dapat duit banyak, infak banyak", "Harta biar ditangan, bukan dihati, kelak susah hendak dibuang" - Ustaz Aswad
"Jaga perkara yang berkait tentang halal dan haram", "Jangan redha saja kalau ada orang mengatakan kita kedekut", "Nikmat Allah kena tunjuk", "Elokkan permakanan, dapat doa mustajab" - Syeikh Zainul Asri.


"Sekalung tahniah dan syabas dia atas kejayaan Kempen Jilul Henshin anjuran LKK. Terima kasih kpd semua yg terlibat memberi tenaga dan masa untuk kempen ini. Biar kejayaan itu sikit, tetapi ianya berterusan untuk masa mendatang nanti. Diharapkan , amalan2 seperti solat dhuha dan iftar berjemaah dapat diteruskan walaupun kempen sudah berakhir. Mulakan dengan diri kita ,kemudian baru org lain. Sekali lagi saya ucapkan tahniah , syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung @ tidak langsung." 
cc : Syazwan Omar


Ayuh kita berubah kepada yang lebih baik !
''Islamisasi Berinspirasi''

SekreFEM
| Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu |


  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube