Thursday, 13 March 2014

Assalamualaikum. 


Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ciptaan Allah yang Maha Kuasa :) Hidup ini bagaikan sebuah titian yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah dititian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh.

“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

"...maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)." [Surah al-Jumu'ah : 10]



Keratan akhbar

Seramai 105 pelajar Tahun 3 Pentadbiran Muamalat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat bersama dua orang pengawai pengiring telah selamat menjalani Lawatan Antarabangsa di Bumi Yogyakarta. 


Namun 'malang tidak berbau', pada hari terakhir di Yogyakarta, penerbangan mereka terpaksa dibatalkan berikutan letusan gunung berapi, Gunung Kelud di jawa tengah. Akibat kejadian itu, semua lapangan terbang terpaksa ditutup. Oleh itu, mereka semua terkandas di Yogyakarta selama dua hari dari tarikh yang dijadualkan pulang sebelum pihak Kedutaan Malaysia Indonesia memindahkan mereka di kediaman Kedutaan Malaysia Indonesia di Jakarta sebelum diterbangkan ke Malaysia. 


Bergambar dengan VIP
Hal ini menyebabkan para pelajar yang terlibat tidak dapat menghadirkan diri pada hari pertama dan kedua semester baru sesi akademik 2013/2014. Lalu, pada 18hb Februari yang lalu, pihak FEM dengan kerjasama MPP dan HEP USIM mengambil inisiatif untuk menyambut ketibaan para pelajar Muamalat yang terkandas itu. Antara VIP yang hadir bersama-sama menyambut ialah TNC, Datuk Asin b Dollah, Dr Amir Shaharudin (Dekan FEM), Ketua Program Muamalat, dan Prof Mohammad b Hj Alias.





 Unit Kecemasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar turut disediakan untuk memberi rawatan segera sekiranya terdapat pelajar yang mengalami masalah kesihatan. Masalah kesihatan yang dialami pelajar, Alhamdulillah tidak ada yang serius cuma demam, batuk dan selesema.






Mereka juga dibekalkan satu set KFC sejurus tiba di KLIA. Di khuatiri mereka tidak menjamah apa apa semasa dalam perjalanan. Ada juga pelajar yang mengadu tidak boleh lagi terima makanan di sana selepas letusan berlaku dan juga kepulangan yang ditunda.




Alhamdulillah, semua selamat.


Pengajaran:
1. Bermusafir boleh dijadikan salah satu cara untuk memuhasabah diri serta mengembalikan motivasi dalam diri.
2. Berjalanlah dimuka bumi Allah ini dengan niat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya tentang kejadian-kejadian yang Allah s.w.t ciptakan. 
3. Rasailah kenikmatan pada setiap kejadian Allah pada setiap saat masa walau dimana dan bagaimana sekalipun ia terjadi.



Wallahua'lam...


"Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu".

SekreFEM 2013/2014.


0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube