Saturday, 28 February 2015




NAMA PROGRAM
Singkatan          : Bengkel Penghayatan Akademik
·              Penuh               : Bengkel Penghayatan Akademik Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi 
                             2014/2015
TARIKH:
·       10 September 2014
TEMPAT :
·       Fakulti Ekonomi dan Muamalat
·       Dewan Kuliah Pusat 2
MASA:
·     8.00 pagi – 5.30 petang
ANJURAN :
·       Jawatankuasa Sekreteriat Fakulti Ekonomi Dan Muamalat Sesi 2014/2015

Ulasan Program:
Pada 10 September 2014 yg lalu, telah diadakan Bengkel Penghayatan Akademik bagi pelajar tahun satu sesi 2014/2015. Program yang berlangsung selama satu hari itu, bertujuan untuk memperkenalkan Fakulti Ekonomi dan Muamalat disamping saling mengenali antara pelajar senior dengan junior tahun satu.
Bengkel Penghayatan Akademik ini bermula dengan slot Jom Rancang (Career  and Personality Test) oleh Puan Masni Binti Md Hasim. Kemudian, dirancakkan dengan program senior and junior meeting dimana pelajar-pelajar tahun satu dihidangkan dengan permainan ringkas dan bermanfaat. Aktiviti ini dikendalikan oleh Sekreteriat Fakulti Ekonomi Dan Muamalat (SekreFEM). Pada sesi petang, bengkel ini diteruskan dengan kata alu-aluan penyelaras Bengkel Penghayatan Akademik, Encik Azrul Azlan bin Iskandar Mirza dan diikuti dengan slot taklimat hal ehwal pelajar yang telah disampaikan oleh Encik Faroq Bin Mohd Yunos. Seterusnya, Bengkel Penghayatan Akademik ini dimeriahkan lagi dengan slot motivasi santai oleh alumni Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Encik Anuar Elias. Akhir sekali, program ini ditutup dengan sesi taklimat pengajian mengikut kursus yang telah disampaikan oleh ketua setiap program di Fakulti Ekonomi dan Muamalat.
Bengkel Penghayatan Akademik ini telah berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Keseluruhannya berpuas hati dengan perhatian yang diberikan oleh pihak fakulti ini.
Akan tetapi, beberapa perkara perlu di ambil kira dalam bagi menghasilkan program yang lebih berjaya di masa akan datang. Antara yang terjadi ketika pengurusan Bengkel Penghayatan Akademik tempoh hari adalah, makanan tengahari tidak mencukupi dan penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik di Dewan Kuliah Pusat 2 selain kelewatan unit pendaftaran hadir serta kawalan keadaan yang kurang baik di waktu pagi oleh unit protokol.
Di peringkat SekreFEM, Bengkel Penghayatan Akademik amat penting bagi memperkenalkan FEM dan program yang ditawarkan fakulti kepada pelajar tahun 1. Malangnya,  kekurangan makanan tengahari dan kondisi penghawa dingin Dewan Kuliah Pusat 2 yang tidak berfungsi dengan baik, sedikit sebanyak ianya telah mengganggu konsentrasi pelajar tahun 1 di dalam bengkel tersebut. Selain itu juga, kelewatan unit pendaftaran serta kecuaian unit protokol dalam menguruskan kelancaran program telah mengakibatkan keadaan kurang terurus di waktu pagi.

Sehubungan dengan perkara diatas, pihak sekrefem perlu meningkatkan usaha bagi menghasilkan Bengkel Penghayatan Akademik yang lebih terurus di masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube