Saturday, 28 February 2015

Sukan Fakulti Ekonomi dan Muamalat 3.0 (SUFEM 3.0)

Posted by sekrefem | 06:39 Categories:





                                                         




9 November 2014,USIM - Tahun 2014 telah muncul sekali lagi sukan fakulti iaitu SUFEM 3.0 yang merupakan kesinambungan daripada SUFEM 1.0 dan SUFEM 2.0 yang telah dijalankan pada tahun 2011 dan 2013. SUFEM dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan diuruskan oleh Sekreteriat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekfeFEM) sendiri.  Sukan fakulti ini diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diserapkan dalam Sukan Fakulti (SUFA) serta mengeratkan hubungan di antara pelajar serta pensyarah malah untuk meningkatkan kesedaran dan menerapkan budaya bersukan dalam diri setiap pelajar. SUFEM juga dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan menerapkan nilai-nilai kesukanan dalam diri mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia khususnya daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat serta mengembalikan kegemilangan sukan di FEM dalam aktiviti kokurikulum.

Oleh yang demikian telah berlangsung majlis perasmian pembukaan SUFEM 3.0 pada 31 Oktober 2014 di Kompleks Sukan Airport dengan perlawanan bowling antara pasukan Tahun 1,2,3 dan 4 serta perlawanan antara staf-staf FEM. Pada 9 November 2014 telah berlangsung sukan-sukan lain di Kompleks Sukan Tunku Najihah (Pavilion) bermula daripada 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Antara acara yang telah dipertandingkan ialah futsal, bola baling, bola tampar, bola jaring, memanah, pin pong, acara road relay 100m, 200m dan 4x200m serta acara perbarisan setiap tahun.

SUFEM 3.0 masih meneruskan tradisi dengan penganjuran bola sepak komuniti dan bola jaring komuniti. Bola sepak komuniti adalah perlawanan bola sepak antara staf lelaki FEM dan pelajar Tahun 4 FEM. Bola jaring komuniti pula perlawanan antara staf wanita FEM dan johan perlawanan bola jaring antara tahun. Sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh staf-staf FEM amat menggalakkan. Pada tahun ini juga SUFEM 3.0 mengadakan pertandingan mewarna untuk anak-anak staf FEM. Di sini kita dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara pelajar, pensyarah dan sekali gus hubungan antara kakitangan pentadbir dan akademik Fakulti Ekonomi dan Muamalat.

Sepanjang SUFEM 3.0 dilaksanakan, pasukan Nilai Street Workout telah mengadakan pertunjukan Sukan Bar. Majlis penutup dimulakan dengan perbarisan masuk para kontingen setiap tahun dengan warna tema Tahun 1 ; hijau, Tahun 2 ;ungu, Tahun 3 ; merah dan Tahun 4 ; kuning. Majlis  diserikan dengan gimik daripada juara SUFEM 2.0 iaitu Tahun 2 kini Tahun 3 memulangkan piala pusingan dan persembahan sukan bar oleh pasukan Nilai Street Workout.

Para pemenang telah mendapat pingat mengikut kategori iaitu johan, naib johan dan ketiga. SUFEM 3.0 sekali lagi menyaksikan Tahun 3 dengan tema merah menggondol juara keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.




KEPUTUSAN PERLAWAN

ACARA
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
  1. Tenpin Bowling
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 4
  1. Memanah
Tahun 4
Tahun 3
Tahun 2
  1. Bola Baling (L)
Tahun 1
Tahun 4
Tahun 3
  1. Bola Baling (W)
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 1
  1. Futsal
Tahun 1
Tahun 1
Tahun 3
  1. Bola Tampar (L)
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
  1. Bola Tampar (W)
Tahun 2
Tahun 4
Tahun 1
  1. Bola Jaring
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 3
  1. 4 x 200 (L)
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
  1. 4 x 200 m (W)
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 1
  1. Terbuka 100 m (L)
Tahun 3
Tahun 1
Tahun 3
  1. Terbuka 100 m (W)
Tahun 4
Tahun 2
Tahun 3
  1. Terbuka 200 m (L)
Tahun 4
Tahun 3
Tahun 1
  1. Terbuka 200 m (W)
Tahun 3
Tahun 1
Tahun 2
  1. Ping pong
Tahun 2
Tahun 4
Tahun 3
  1. Perbarisan
Tahun 3
Tahun 2
Tahun 1


0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube