BICARA ILMIAH (BI’AH) BAJET 2015: TAHUN
TRANSFORMASI EKONOMI
USIM,29 OKTOBER 2014– Bersempena dengan
pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib bin Tun Razak
pada awal Oktober yang lalu, Lajnah Akademik dan Kerjaya Sekretariat
Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah mengambil inisiatif untuk
menganjurkan forum Bicara Ilmiah Bajet 2015.
Bertempat di Dewan Kuliah Program 2 Universiti Sains Islam Malaysia,
forum Bicara Ilmiah (BI’AH) ini dihadiri oleh pelajar USIM merangkumi semua
peringkat umur serta staf USIM.
Objektif utama forum ini diadakan adalah untuk
memberi pendedahan kepada pelajar seta staf USIM terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan ekonomi negara pada masa kini.
Forum ini menampilkan dua orang panel pakar dalam bidang ekonomi Malaysia
iaitu Prof Abdul Rahim bin Abdul Rahman
(pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM) dan Encik Azlan Awang (pengasas
BLINDSPOT) serta dipengerusikan oleh Saudara Faridunnaim bin Faudzinaim (wakil
Lajnah Akademik dan Kerjaya Sekrefem).







0 comments:
Post a Comment