Tuesday 10 December 2013

Program Berbuka Puasa bersempena dengan Hari Asyura

Posted by sekrefem | 21:08 Categories:


Rasulullah SAW bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Lajnah Kebajikan dan Kerohanian Sekretariat Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama daripada pihak SPMM mengambil inisiatif ini dengan menganjurkan Program Berbuka Puasa bersempena dengan Hari Asyura. Kami Sekrefem bergotong royong dengan SPMM menyediakan bubur Asyura pada 14 November 2013 seawal jam 2.00 petang sehinggalah selesai penyediaan bubur pada jam 5.00 petang.
 






Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."



 





Chef-Chef bertungkus-lumus menyiapkan juadah




Kami menyediakan bubur tersebut untuk pelajar-pelajar FEM yang berpuasa pada hari tersebut manakala SPMM pula menyediakan bubur tersebut untuk pelajar-pelajar Kolej Kediaman 1. Pada jam 6.30 petang Lajnah Kebajikan dan Kerohanian Sekrefem menyediakan air, kurma dan bubur kepada pelajar yang tiba di kafetaria dan berbuka bersama-sama pada waktu maghrib.



               "Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu"



Sekian.
Wassalam..



Tuesday 26 November 2013

Bengkel Penghayatan Akademik Fasa 2

Posted by sekrefem | 21:09 Categories:
AssALaMuaLaiKum..

Sekali lagi pihak Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama SekreFEM telah menganjurkan Bengkel Penghayatan Akademik 2013 Fasa 2. Tujuan diadakan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan tentang Lawatan Antarabangsa (LA) dan Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kepada pelajar-pelajar baharu dan juga lama. ia juga mempunyai objektif sampingan iaitu, membantu pelajar tahun 1 dalam menyesuaikan diri dengan suasana di USIM amnya dan FEM khususnya bagi meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang.


SeMua KhuSyuK dEnGar TakLiMat DaRi oRang kUat ProGraM








Majlis dimulakan dengan taklimat dan perkongsian mengenai LA oleh mahasiswi tahun 4, Program Perakaunan, saudari Muna Majidah binti Zameran. Kemudian, disambung dengan saudara Ahmad Afiq bin Maulud, tahun 4 Program Muamalat selaku Pengarah iCEPS9 memberi taklimat dan perkongsian tahu-cara(know-how) mengenai iCEPS yang telah mereka kendalikan. Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk mengajukan soalan dalam sesi soal jawab.


TaKLiMat DaRi PeNgAraH iCEPS 9

PeLaJar MenGaJuKan SOaLaN
MeNjAwaB SoALan YanG DiAjuKAn







Selepas taklimat, pelajar-pelajar tahun 1 dipecahkan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan untuk aktiviti ‘Ice Breaking’ yang mana setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator dari kalangan ahli SekreFEM juga. Masa yang diberi hanya 2jam dimanfaatkan oleh fasi dan juga pelajar tahun 1 untuk bertaaruf dan bermain pelbagai jenis permainan yang menghiburkan penuh gelak ketawa. Adik-adik tahun juga tidak melepaskan peluang untuk menyoal fasi mereka bermacam soalan seperti pengalaman di USIM dan perancangan LA.


Aktiviti seterusnya, iaitu ‘Explorace’  disambung selepas makan tengah hari dan solat Zohor. Explorace mempunyai 10 checkpoint yang mana semua peserta bermula di DKP1 seterusnya ke checkpoint sekitar FKP, FSU , PTM dan FEM , berakhir di Pusat Komersial(PK). Pelbagai aktiviti disajikan di setiap checkpoint seperti mencipta baju dengan plastik dan pantun untuk fasi. Semua kumpulan menerima hadiah saguhati berupa makanan ringan seperti kacang, keropok dan air bikarbonat. Pelajar pulang ke kediaman masing-masing dengan wajah senyuman kepuasan ditambah dengan keletihan. 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Jasa anda akan dikenang....



"Melestastari Sahsiah, Membudaya Ilmu"



Thursday 3 October 2013

iCEPS9 Telah Melabuhkan Tirai dengan Jayanya...

Posted by sekrefem | 17:48 Categories:
Assalamualaikum.


     
      iCEPS. Pasti ramai yang sudah sinonim dengannya terutama pelajar-pelajar FEM. ICEPS merupakan singkatan kepada The Islamic Convention of Entrepreneurship  atau dalam bahasa melayunya  Konvensyen Keusahawanan Islam. Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM meneruskan lagi tradisi penganjuran program Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) buat kali yang kesembilan. Untuk pengetahuan semua, iCEPS umpama thesis kepada pelajar tahun 4 FEM ,ianya memang agak berbeza dengan thesis pelajar- pelajar tahun akhir fakulti yang lain.

    Kesinambungan Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9 2013) yang telah diadakan pada 26 September hingga 29 September 2013 yang lalu, bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Tema konvensyen pada kali ini ialah ”Keusahawanan Islam Peneraju Ekonomi Global”.

       Walaupun tempat program terpaksa ditukar pada saat saat akhir ,namun ianya tidak menjadi penghalang kepada ajk-ajk program untuk menjayakannya. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan antaranya explorace, pertandingan mewarna, pertandingan bayi comel,Go-Kart dan banyak lagi. Tidak kurang hebatnya jugak dengan adanya gerai-gerai jualan seperti gerai menjual baju dan buku-buku ilmiah yang menarik perhatian pengunjung. Gerai-gerai makanan juga tidak mengecewakan kerana terdapat banyak pilihan seperti gerai jeruk, air dan kek. Kebanyakan gerai-gerai yang ada dimonopoli oleh pelajar-pelajar USIM juga.

     Program yang menjadi bualan ramai adalah Konsert Simfoni Akustik Gaza dan Syria serta Malam Cinta Rasul.  Konsert akustik bersama Najwa Latif,Ukays,The bachelors dan One Soulz mendapat sambutan yang agak hebat ,dianggarkan pengunjung yang hadir seramai 3ribu orang. Tetapi ,program Malam Cinta Rasul adalah program yang sangat mendapat sambutan daripada pengunjung sekitar Nilai dan juga luar dari Nilai hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sampai Tol Nilai. Dianggarkan pengunjung pada malam itu adalah sekitar 19Ribu orang. Kalau nak diceritakan mengenai iCEPS9,memang panjang la jawabnya.

      iCEPS 9 telahpun melabuhkan tirainya pada pada jam 2 petang ahad yang lalu (29 September)..  . . rata-rata pengunjung dan pelajar mengucapkan tahniah atas penganjuran yang boleh dikatakan sangat berjaya. Kami daripada Sekrefem mengucapkan tahniah dan syabas kepada senior tahun 4 2013 diatas penganjuran iceps yang gilang gemilang. Moga iceps 9 dijadikan inspirasi  dan pembakar semangat kepada pelajar tahun 4 FEM yang bakal menganjurkan iceps10 pada tahun hadapan. 


Selamat tinggal iCEPS 9,kami nantikan iCEPS 10.


Wassalam.

Pengerusi SekreFEM sesi 2013/2014, 
Muhammad Syazwan bin Omar.

Monday 23 September 2013

BENGKEL PENGHAYATAN AKADEMIK 2013

Posted by sekrefem | 14:11 Categories:

Assalamualaikum wbt..


Bahasa puitisnya,tak kenal maka taaruf-lah”Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 18 September 2013pihak Pentadbiran FEM dengan kerjasama SekreFEM sendiri telah menganjurkan Bengkel Penghayatan Akademik 2013 Fasa 1( Fasa 2 bakal menyusul) melibatkan semua pelajar junior, Tahun 1 FEM sesi pengajian akademik 2013/2014 seramai 363 pelajar. . Bengkel ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai fakulti dan barisan pentadbiran fakulti kepada para pelajar baharu. Bengkel ini juga mempunyai objektif sampingan, iaitu membantu para pelajar tahun 1 dalam menyesuaikan dengan  suasana pembelajaran di USIM amnya dan FEM khususnya bagi meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang. Bengkel ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Pemangku Timbalan Dekan Pembangunan Pelajarpara pentadbiran FEM dan pensyarah-pensyarah FEM. Semua junior (cewwwaaah, senior sangat…) diperkenalkan kepada setiap tetamu yang hadir mengikut jawatan masing-masing- memudahkan urusan mereka kelak jika hendak berhubung atau berinteraksi atau mungkin terserempak dengan setiap tetamu (tidak-lah dikatakan tidak menghormati orang yang patut dihormati).

Sebahagian gambar sekitar bengkel berjalan :-

Menunggu ketibaan para tetamu
Mukadimah
Ketua Program Kos Korporat
Sesi berkenalan
Freshie - Muamalat, Korporat
Freshie - Marketing, Accounting

Junior-junior juga dipecahkan mengikut kos masing-masing dan diberi penerangan yang lebih jelas mengenai kos mereka. Penerangan yang dibuat oleh ketua program masing-masing lebih berkisar kepada subjek-subjek yang bakal mereka pelajari sepanjang belajar di sini dan juga peluang pekerjaan yang sedang menanti mereka selepas bergraduasi nanti (menarik minat untuk teruskan belajar di FEM-harap tidak ada yang tukar Fakulti lain). .


Diharapkan penganjuran program-program yang akan datang disambut baik oleh para pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat dalam hasrat ingin menjadikan FEM sebagai sebuah fakulti yang pertama dan keterhadapan dalam sahsiah dan juga akademik disamping kemahiran insaniah yang tinggi.

Akan bersambung untuk BPA Fasa 2 yang dijangkakan pada 5 Oktober 2013 (Sabtu) - yang lebih menarik aktiviti yang bakal dijalankan.

InsyaAllah .Terima Kasih.

Jazakallah.

"MELESTARI SAHSIAH, MEMBUDAYA ILMU"

Wednesday 7 August 2013

SEUNTAI KATA DIHARI RAYA

Posted by sekrefem | 08:18 Categories:
بسم الله الرحمن الرحيم

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar. "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Ilham".   Gema takbir telah kedengaran tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan kita berpuasa pada bulan Ramadan.    Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk menghadapi Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini.    Semoga ibadah kita semasa bulan yang mulia itu diterima dan diredhai oleh Allah S.W.T., hendaknya.     Justeru, istiqamahlah dengan segala amal ibadah yang kita lakukan semasa bulan Ramadan yang telah berlalu seperti kita tidak akan bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang . 





Sambutlah Syawal pada tahun ini dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan. Bagi yang masih dapat duit raya itu, janganlah guna duit raya sewenang-wenangnya, eloklah disimpan duit itu untuk kegunaan masa hadapan. Lebih AFDHAL!! 


Jangan lupa Puasa Sunat 6 hari di 
bulan Syawal! 
Banyak hikmahnya..











Akhir kalam, kami menyusun sepuluh jari mengucapkan



    ~ikhlas dari kami,warga SEKREFEM.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube