Assalamualaikum semua. Sentiasa berada di dalam rahmat dan barakah dari ALLAH S.W.T hendaknya. Minta maaf kepada pihak sekrefem sebab baru nak update blog. Maklumlah banyak kekangan. Hehe. Sini saya nak cerita sikit tentang beberapa program Pihak Sekretariat Mahasiswa dan Mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Muamalat atau lebih dikenali dengan nama SekreFEM telah mengadakan Lawatan Antarabangsa bertempat di Universitas Darussalam (UNIDA) Gontor Ponorogo. Lawatan Antarabangsa ini melibatkan seramai 15 orang pelajar yang terdiri dari ahli SekreFEM sendiri. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan antarabangsa kepada pelajar agar pelajar mempunyai perspektif global yang luas tentang perbezaan pendidikan antara USIM dan UNIDA. Di samping itu juga untuk memperkenalkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) khususnya dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) secara amnya sebagai salah sebuah universiti di Malaysia yang menawarkan program akademik bersesuaian dengan pasaran semasa yang berteraskan pendidikan Islam dan Syariah.Para pelajar juga berkesempatan untuk melawat Pos Indonesia, Istana Lama dan tempat pembuatan batik yang terletak di sekitar bandar Yogyakarta. Malahan pelajar juga tidak terlepas peluang untuk dibawa mengelilingi kampung di sekitar Gontor dengan menaiki basikal. Tambahan juga, para pelajar turut diberi kesempatan untuk menghadiri dan menyaksikan sendiri acara Konvokesyen di UNIDA iaitu acara Wisuda. Banyak pengalaman dan pengajaran yang pelajar telah dapat sepanjang lawatan tersebut. Dan ini telah menaikkan lagi semangat para pelajar untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
BUTIRAN PROGRAM
Nama Program Singkatan : LA SekreFEM 2014
Penuh : Lawatan Antarabangsa Sekretariat Mahasiswa dan Mahasiswi
Fakulti Ekonomi dan Muamalat 2014
Tarikh Masa dan Tempat
Tarikh : 2 hingga 8 September 2014
Masa : 07.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Universitas Darussalam (UNIDA) Ponorogo, Indonesia
Anjuran
Jawatankuasa Sekretariat Fakulti Ekonomi dan Muamalat sesi 2013/2014
Pengarah Program : Muhammad Nor Aman Bin Jamaluddin (1120570)
Pegawai Pengiring : Dr Nursilah Ahmad (Timbalan Dekan FEM-Pembangunan Pelajar dan
Pengurusan Prestasi)