Monday 23 September 2013

BENGKEL PENGHAYATAN AKADEMIK 2013

Posted by sekrefem | 14:11 Categories:

Assalamualaikum wbt..


Bahasa puitisnya,tak kenal maka taaruf-lah”Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 18 September 2013pihak Pentadbiran FEM dengan kerjasama SekreFEM sendiri telah menganjurkan Bengkel Penghayatan Akademik 2013 Fasa 1( Fasa 2 bakal menyusul) melibatkan semua pelajar junior, Tahun 1 FEM sesi pengajian akademik 2013/2014 seramai 363 pelajar. . Bengkel ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai fakulti dan barisan pentadbiran fakulti kepada para pelajar baharu. Bengkel ini juga mempunyai objektif sampingan, iaitu membantu para pelajar tahun 1 dalam menyesuaikan dengan  suasana pembelajaran di USIM amnya dan FEM khususnya bagi meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang. Bengkel ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Pemangku Timbalan Dekan Pembangunan Pelajarpara pentadbiran FEM dan pensyarah-pensyarah FEM. Semua junior (cewwwaaah, senior sangat…) diperkenalkan kepada setiap tetamu yang hadir mengikut jawatan masing-masing- memudahkan urusan mereka kelak jika hendak berhubung atau berinteraksi atau mungkin terserempak dengan setiap tetamu (tidak-lah dikatakan tidak menghormati orang yang patut dihormati).

Sebahagian gambar sekitar bengkel berjalan :-

Menunggu ketibaan para tetamu
Mukadimah
Ketua Program Kos Korporat
Sesi berkenalan
Freshie - Muamalat, Korporat
Freshie - Marketing, Accounting

Junior-junior juga dipecahkan mengikut kos masing-masing dan diberi penerangan yang lebih jelas mengenai kos mereka. Penerangan yang dibuat oleh ketua program masing-masing lebih berkisar kepada subjek-subjek yang bakal mereka pelajari sepanjang belajar di sini dan juga peluang pekerjaan yang sedang menanti mereka selepas bergraduasi nanti (menarik minat untuk teruskan belajar di FEM-harap tidak ada yang tukar Fakulti lain). .


Diharapkan penganjuran program-program yang akan datang disambut baik oleh para pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat dalam hasrat ingin menjadikan FEM sebagai sebuah fakulti yang pertama dan keterhadapan dalam sahsiah dan juga akademik disamping kemahiran insaniah yang tinggi.

Akan bersambung untuk BPA Fasa 2 yang dijangkakan pada 5 Oktober 2013 (Sabtu) - yang lebih menarik aktiviti yang bakal dijalankan.

InsyaAllah .Terima Kasih.

Jazakallah.

"MELESTARI SAHSIAH, MEMBUDAYA ILMU"
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube