Thursday 3 October 2013

iCEPS9 Telah Melabuhkan Tirai dengan Jayanya...

Posted by sekrefem | 17:48 Categories:
Assalamualaikum.


     
      iCEPS. Pasti ramai yang sudah sinonim dengannya terutama pelajar-pelajar FEM. ICEPS merupakan singkatan kepada The Islamic Convention of Entrepreneurship  atau dalam bahasa melayunya  Konvensyen Keusahawanan Islam. Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM meneruskan lagi tradisi penganjuran program Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) buat kali yang kesembilan. Untuk pengetahuan semua, iCEPS umpama thesis kepada pelajar tahun 4 FEM ,ianya memang agak berbeza dengan thesis pelajar- pelajar tahun akhir fakulti yang lain.

    Kesinambungan Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9 2013) yang telah diadakan pada 26 September hingga 29 September 2013 yang lalu, bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Tema konvensyen pada kali ini ialah ”Keusahawanan Islam Peneraju Ekonomi Global”.

       Walaupun tempat program terpaksa ditukar pada saat saat akhir ,namun ianya tidak menjadi penghalang kepada ajk-ajk program untuk menjayakannya. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan antaranya explorace, pertandingan mewarna, pertandingan bayi comel,Go-Kart dan banyak lagi. Tidak kurang hebatnya jugak dengan adanya gerai-gerai jualan seperti gerai menjual baju dan buku-buku ilmiah yang menarik perhatian pengunjung. Gerai-gerai makanan juga tidak mengecewakan kerana terdapat banyak pilihan seperti gerai jeruk, air dan kek. Kebanyakan gerai-gerai yang ada dimonopoli oleh pelajar-pelajar USIM juga.

     Program yang menjadi bualan ramai adalah Konsert Simfoni Akustik Gaza dan Syria serta Malam Cinta Rasul.  Konsert akustik bersama Najwa Latif,Ukays,The bachelors dan One Soulz mendapat sambutan yang agak hebat ,dianggarkan pengunjung yang hadir seramai 3ribu orang. Tetapi ,program Malam Cinta Rasul adalah program yang sangat mendapat sambutan daripada pengunjung sekitar Nilai dan juga luar dari Nilai hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sampai Tol Nilai. Dianggarkan pengunjung pada malam itu adalah sekitar 19Ribu orang. Kalau nak diceritakan mengenai iCEPS9,memang panjang la jawabnya.

      iCEPS 9 telahpun melabuhkan tirainya pada pada jam 2 petang ahad yang lalu (29 September)..  . . rata-rata pengunjung dan pelajar mengucapkan tahniah atas penganjuran yang boleh dikatakan sangat berjaya. Kami daripada Sekrefem mengucapkan tahniah dan syabas kepada senior tahun 4 2013 diatas penganjuran iceps yang gilang gemilang. Moga iceps 9 dijadikan inspirasi  dan pembakar semangat kepada pelajar tahun 4 FEM yang bakal menganjurkan iceps10 pada tahun hadapan. 


Selamat tinggal iCEPS 9,kami nantikan iCEPS 10.


Wassalam.

Pengerusi SekreFEM sesi 2013/2014, 
Muhammad Syazwan bin Omar.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube