Thursday 13 March 2014

JoM RaNCaNg 2014

Posted by sekrefem | 01:44 Categories:
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum... Peace Be Upon You..


Sahabat2, semua daripada kita pernah merancang kn? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan.


Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.


    Justeru, pada 19hb Februari yang lalu, pihak Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah menganjurkan satu program yang telah diberi nama Jom Rancang. Sasaran pelajar pada program ini adalah para pelajar Tahun 1 Fakulti Ekonomi dan Muamalat sesi pengajian akademik 2013/2014. Program ini adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia kepada semua para pelajar tahun 1.






 Program ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar dalam untuk memilih kerjaya pada masa akan datang. Para pelajar diberi pendedahan mengenai cara-cara untuk memilih kerjaya berdasarkan kursus yang dipilih oleh para pelajar sekarang. 








Adakah kursus yang diambil oleh para pelajar ini bersesuaian dengan kerjaya yang akan ditempuh kelak.


 Program bermula dengan bacaan doa oleh saudara Mohammad Adib bin Azizan, Exco Lajnah Kerohanian dan Kebajikan, SekreFEM. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan daripada Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Dr. Amir Saharuddin. Seterusnya, program diteruskan lagi oleh Puan Masni , Pegawai 
Psikologi Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar. 


Penyampaian cenderahati kepada penceramah



Pada program ini juga para pelajar telah diberi satu ujian yang dikenali sebagai INVENTORI MINAT KERJAYA SIDEK yang telah diilhamkan oleh Dr. Sidek Mohd Noah. Dalam ujian ini para pelajar dapat mengenali kerjaya dan personality bagi setiap bidang yang dipilih. Penyertaan dan respon daripada para pelajar adalah sangat baik dan sangat memberangsangkan. Majlis melabuhkan tirainya pada jam 5 petang.







" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)


Wassalam.

"Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu"

SekreFEM 2013/2014



Assalamualaikum. 


Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ciptaan Allah yang Maha Kuasa :) Hidup ini bagaikan sebuah titian yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah dititian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh.

“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

"...maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)." [Surah al-Jumu'ah : 10]



Keratan akhbar

Seramai 105 pelajar Tahun 3 Pentadbiran Muamalat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat bersama dua orang pengawai pengiring telah selamat menjalani Lawatan Antarabangsa di Bumi Yogyakarta. 


Namun 'malang tidak berbau', pada hari terakhir di Yogyakarta, penerbangan mereka terpaksa dibatalkan berikutan letusan gunung berapi, Gunung Kelud di jawa tengah. Akibat kejadian itu, semua lapangan terbang terpaksa ditutup. Oleh itu, mereka semua terkandas di Yogyakarta selama dua hari dari tarikh yang dijadualkan pulang sebelum pihak Kedutaan Malaysia Indonesia memindahkan mereka di kediaman Kedutaan Malaysia Indonesia di Jakarta sebelum diterbangkan ke Malaysia. 


Bergambar dengan VIP
Hal ini menyebabkan para pelajar yang terlibat tidak dapat menghadirkan diri pada hari pertama dan kedua semester baru sesi akademik 2013/2014. Lalu, pada 18hb Februari yang lalu, pihak FEM dengan kerjasama MPP dan HEP USIM mengambil inisiatif untuk menyambut ketibaan para pelajar Muamalat yang terkandas itu. Antara VIP yang hadir bersama-sama menyambut ialah TNC, Datuk Asin b Dollah, Dr Amir Shaharudin (Dekan FEM), Ketua Program Muamalat, dan Prof Mohammad b Hj Alias.





 Unit Kecemasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar turut disediakan untuk memberi rawatan segera sekiranya terdapat pelajar yang mengalami masalah kesihatan. Masalah kesihatan yang dialami pelajar, Alhamdulillah tidak ada yang serius cuma demam, batuk dan selesema.






Mereka juga dibekalkan satu set KFC sejurus tiba di KLIA. Di khuatiri mereka tidak menjamah apa apa semasa dalam perjalanan. Ada juga pelajar yang mengadu tidak boleh lagi terima makanan di sana selepas letusan berlaku dan juga kepulangan yang ditunda.




Alhamdulillah, semua selamat.


Pengajaran:
1. Bermusafir boleh dijadikan salah satu cara untuk memuhasabah diri serta mengembalikan motivasi dalam diri.
2. Berjalanlah dimuka bumi Allah ini dengan niat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya tentang kejadian-kejadian yang Allah s.w.t ciptakan. 
3. Rasailah kenikmatan pada setiap kejadian Allah pada setiap saat masa walau dimana dan bagaimana sekalipun ia terjadi.



Wallahua'lam...


"Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu".

SekreFEM 2013/2014.


  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube