Sunday 27 April 2014

'Jilul Henshin' - 'Islamisasi Berinspirasi'

Posted by sekrefem | 02:04 Categories:

‘Jilul Henshin’ merupakan gabungan bahasa Arab dan bahasa Jepun. ‘Jilul’ bermaksud generasi dan ‘Henshin’ pula bermaksud berubah.
Program ‘Jilul Henshin’ ini terbuka kepada semua staf pentadbiran, para pensyarah dan pelajar-pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang dua minggu program ini berlangsung. 

Antaranya:

Amalan sunnah nabi
Antara galakan yg diterap dlm program jilul henshin

Speaker Corner di Kafe FEM







[ Jilul Henshin | Forum | Majlis Penutup ]

Untung dunia amat sukar diperolehi. 
Melalui jalan-jalan yang susah dan payah mempunyai pelbagai risiko sedangkan untung akhirat mudah diperolehi tiada menanggung apa-apa risiko kerugian. 
Jalan untuk memperolehi untung dunia amat payah dan amat mencabar. Sakit dan letih tubuh badan dibuatnya.

Sedangkan jalan dan cara untuk dapat untung akhirat teramat mudah dan senang tanpa sakit dan letih tubuh badan.

Perlukah untung di dunia ?
Bukankah keuntungan akhirat itu yang utama ?
Adakah perlu untung akhirat sahaja ?
Dunia kita tinggalkan terus ?
Bagaimana kalau kita mahu untung di dunia dan juga akhirat ?
Apakah perniagaan/amal yang menguntungkan keduanya ?


Alhamdulillah sebagai kemuncak program Jilul Henshin, Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM) bersama IKRAMSiswa USIM Nilai telah menganjurkan sebuah forum
bertajuk : '
'Perniagaan Untung Dunia, Untung Akhirat'' dihadiri ramai mahasiswa/i, penuh satu dewan.  Bersama ahli panel yang diterbangkan khas dari Kedah dan juga moderator yang mantap :-
Ustaz Aswad Nason (Panel 1)
Syeikh Muhd Zainul Asri (Panel 2)
Afiq Farhan (Moderator)
Kata-kata yang sempat penulis ambil :
"Perniagaan yang bertepatan dengan syariat ", "Bertakwa kepada Allah, letakkan Islam di depan, Allah jamin rezeki", "Dapat duit banyak, infak banyak", "Harta biar ditangan, bukan dihati, kelak susah hendak dibuang" - Ustaz Aswad
"Jaga perkara yang berkait tentang halal dan haram", "Jangan redha saja kalau ada orang mengatakan kita kedekut", "Nikmat Allah kena tunjuk", "Elokkan permakanan, dapat doa mustajab" - Syeikh Zainul Asri.


"Sekalung tahniah dan syabas dia atas kejayaan Kempen Jilul Henshin anjuran LKK. Terima kasih kpd semua yg terlibat memberi tenaga dan masa untuk kempen ini. Biar kejayaan itu sikit, tetapi ianya berterusan untuk masa mendatang nanti. Diharapkan , amalan2 seperti solat dhuha dan iftar berjemaah dapat diteruskan walaupun kempen sudah berakhir. Mulakan dengan diri kita ,kemudian baru org lain. Sekali lagi saya ucapkan tahniah , syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung @ tidak langsung." 
cc : Syazwan Omar


Ayuh kita berubah kepada yang lebih baik !
''Islamisasi Berinspirasi''

SekreFEM
| Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu |


Saturday 12 April 2014

- Peranan Mahasiswa ISLAM Dalam Masyarakat -

Posted by sekrefem | 09:16 Categories:
Assalamualaikum Warahmatullah....
Apa khabar IMAN anda?

Mahasiswa adalah  suatu kumpulan yang berada di antara masyarakat yang memperoleh gelaran atau statusnya kerana terikat pada suatu perguruan tinggi, misal universiti atau  institut, sekolah tinggi, dan akademik. Mahasiswa Islam pula   merupakan pembina dan bakal calon pemimpin negara islam pada masa akan datang. Mereka menjadi tunggak terbentuknya sebuah negara Islam yang maju. Terdapat banyak  peranan mahasiswa dalam masyarakat.

Antaranya, kita menjadi agen perubahan masyarakat. Kita sebagai mahasiswa Islam harus mempunyai sifat ingin maju ke hadapan yang tinggi bagi membangunkan sebuah masyarakat yang lebih proaktif dan produktif. Hal ini penting bagi membentuk pemuda dan pemudi Islam yang berjiwa kental dan progresif.seperti firman Allah ,"sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri", ayat 11 surah Ar-Rad. Kita boleh lihat sendiri bahawa Allah tidak akan mengubah apa-apapun pada sesuatu kaum itu melainkan mereka mebuat perubahan pada kaum mereka sendiri. Jadi, kita sebagai mahasiswa Islam perlu memainkan peranan kita menjadi agen perubahan mereka dengan membuat aktiviti yang boleh menarik mereka sebagai contoh mengadakan ;konsert cinta rasul'.

Peranan yang seterusnya ialah menjadi “iron stock”. “Iron stock “  yang dimaksudkan di sini ialah mahasiswa yang mampu menjadi pengganti kepada generasi sebelumnya. Kita sebagai mahasiswa Islam perlu ada sifat dan akhlak yang baik dan mampu menjadi role model kepada mahasiswa di luar sana. Dengan itu , kita sebagai mahasiswa perlu menjadikan zaman belajar di universiti sebagai momentum yang baik untuk menggerakkan generasi akan datang. Empat ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang mahasiswa Islam ialah beriman, ikhlas, semangat dan beramal. Empat ciri ini sangat penting kerana ia boleh menentukan sama ada dia seorang pemuda yang boleh menjadi peneraju sebuah masyarakat islam yang sebenarnya.

Sehubungan dengan itu, mahasiswa juga berperanan menjadi orang yang mengamalkan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh seorang mahasiswa islam ialah menghormati orang yang lebih tua, berbudi bahasa, saling bantu-membantu, rendah diri, taat pada arahan ketua dan mudah menawarkan diri untuk memberi bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Tambahan  lagi, pada zaman ledakan teknologi ini, remaja atau mahasiswa lebih menempukan perhatian kepada perkembangan dunia gajet dan hiburan terutama di Malaysia. Mereka merasakan gajet dan hiburan adalah satu keperluan penting kepada mereka. Sebagai contoh, ledakan hiburan Kpop, Jpop dan Hollywood. Dengan cara ini, pelbagai budaya dan nilai-nilai yag baru yang masuk ke dalam fikiran pemuda pemudi di Negara kita. Jadi ,  kita sebagai mahasiswa Islam yang faham apa keperluan menjadi masyarakat Islam yang mengamalkan nilai-nilai yang baik dan murni perlu memainkan peranan  kita dalam membentuk masyarakat yang mengamalkan Islam dalam kehidupan .

Di samping itu, kita juga turut berperanan menjadi “moral force” .Yang dimaksudkan dengan “ moral force” di sini ialah orang yang menjadi role model kepada masyarakat dari segi pemakaian,tingkah laku dan cara  bergaul dengan orang lain atau dapat mempengaruhi seseorang kearah yang lebih positif. Kita sebagai seorang mahasiswa perlu ada acuan dasar yang bertindak. Hal ini penting dalam menggerakkan perubahan dalam sesebuah masyarakat. Acuan dasar  perlu bermula dari diri sendiri. Semua acuan dasar itu perlu dipupuk dalam diri kita supaya mudah untuk menggerakkan perubahan itu. Acuan dasar itu adalah cara tingkah laku, cara pemakaian , cara berfikir dan cara berurusan dengan orang lain. Di sinilah kita dituntut untuk  menggunakan keintelektualan kita dalam kekuatan moral untuk membentuk masyarakat  yang baik. Masyarakat yang baik bermula daripada kekuatan pemuda-pemuda yang baik.

Secara kesimpulannya .kita sebagai mahasiswa Islam memainkan peranan yang penting dalam masyarakat. Tambahan lagi , kita adalah bakal peneraju Negara Islam yang akan datang. Jadi, bermula dari sekarang kita perlu melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang meliputi ilmu aqli dan  naqli.Hal ini penting dalam menjadi mahasiswa islam yang berinterlektual dan berdedikasi seperti kata pepatah, 'pokok yang baik berasal dari benih yang baik'.


"Jilul Henshin"

"Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu"

SekreFEM 2013/2014



  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube