Sunday 10 May 2015

DEBAT PIALA IBNU KHALDUN: USIM DINOBAT SEBAGAI JUARA

Posted by sekrefem | 06:16 Categories:

USIM,12 APRIL 2015 – Menggalas tanggungjawab dalam memperkenalkan Fakulti Ekonomi dan Muamalat di peringkat nasional, Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama Kelab Debat Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan sebuah pertandingan debat ekonomi Piala Ibnu Khaldun peringkat kebangsaan pada 12 April 2015 sehingga 15 April 2015.

Pertandingan debat ekonomi ini disertai oleh 8 pasukan yang hebat iaitu USIM A, USIM B, TAMHIDI ( Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia), Uitm ( Universiti Teknologi Mara,Dungun) , UMP (Universiti Malaysia Pahang) , UNiZA (Universiti Sultan Zainal Abidin), UM (Universiti Malaysia), dan UTM (Universiti Teknologi Malaysia,Skudai).

Bertemakan isu ekonomi Malaysia, pertandingan ini berjaya mengangkat nama USIM dalam bidang perbahasan tatkala pasukan USIM A selaku pembangkang berjaya merangkul Johan dalam pusingan akhir menundukkan usul yang dibawa oleh pihak kerajaan iaitu UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin).Jalinan persahabatan antara universiti turut terjalin apabila setiap pasukan bersaing secara sihat dan bersikap professional dalam menerima segala keputusan juri.

Perasmian penutup pertandingan Debat Ekonomi Piala Ibnu Khaldun ini disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin.


                Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada mana-mana pihak yang membantu menganjurkan pertandingan ini secara langsung dan tidak langsung.


Bicara Ilmiah Wadah Informasi Mahasiswa

Posted by sekrefem | 06:12 Categories:



USIM,26 Mac 2015- Dewan Kuliah Pusat 4 menjadi saksi berlangsungnya sebuah diskusi ilmiah anjuran Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USIM. Membawa topik kontroversi iaitu ‘GST: MAHASISWA IKAT PERUT?’,diskusi ilmiah ini berjaya menarik minat mahasiswa/i USIM untuk lebih mendekati serta mengenali kondisi ekonomi dunia secara amnya serta Malaysia khasnya.
Diskusi ini dihadiri oleh tiga orang panel iaitu Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman (Sekretariat Kluster Ekonomi dan Pengurusan , Majlis Profesor Negara) , Dr Izlawanie Muhammad (Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, dan YDP Abdul Muiz Abdul Hakim (Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM) serta moderator saudara Muhammad Istiqlal Ismail (Bendahari SekreFEM).
Majlis diskusi juga turut menerima kunjungan hormat dari Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin.
Antara pengisian diskusi tersebut ialah berkaitan dengan kefahaman rakyat Malaysia akan pelaksanaan GST (Goods and Services Tax) secara puratanya dianggap bakal membebankan rakyat. Sebuah tanggungjawab berat yang perlu digalas oleh ahli panel dalam menjelaskan secara terperinci pelaksanaan GST ini tidak perlu menjadi igauan para mahasiswa, bahkan ianya adalah sebuah sistem cukai yang sistematik dan baik.
Namun, persoalan juga timbul tatkala mahasiswa inginkan kepastian dan jaminan dari pihak kerajaan dalam mencerahkan kembali tahap persediaan negara Malaysia serta warganya dalam menghadapi perlaksanaan sistem cukai yang baru ini.

Justeru, dapatlah disimpulkan disini bahawasanya mahasiswa USIM cakna terhadap isu semasa dan sentiasa mendokong usaha murni Universiti Sains Islam Malaysia dalam melahirkan mahasiswa/i yang berjiwa cintakan negara.



Foto 1 : Mahasiswa hadir mendengar pengisian ilmu.


Foto 2: Sesi soal jawab

Editor SekreFEM
Lajnah Multimedia dan Penerbitan
Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Fleksibel.Efisien.Mesra
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube