USIM,26 Mac 2015- Dewan Kuliah
Pusat 4 menjadi saksi berlangsungnya sebuah diskusi ilmiah anjuran Sekretariat
Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal
Pelajar, USIM. Membawa topik kontroversi iaitu ‘GST: MAHASISWA IKAT PERUT?’,diskusi
ilmiah ini berjaya menarik minat mahasiswa/i USIM untuk lebih mendekati serta
mengenali kondisi ekonomi dunia secara amnya serta Malaysia khasnya.
Diskusi ini
dihadiri oleh tiga orang panel iaitu Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman (Sekretariat Kluster Ekonomi dan Pengurusan , Majlis Profesor Negara) , Dr
Izlawanie Muhammad (Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, dan YDP Abdul Muiz
Abdul Hakim (Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM) serta moderator
saudara Muhammad Istiqlal Ismail (Bendahari SekreFEM).
Majlis diskusi
juga turut menerima kunjungan hormat dari Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Dekan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin.
Antara pengisian
diskusi tersebut ialah berkaitan dengan kefahaman rakyat Malaysia akan pelaksanaan
GST (Goods and Services Tax) secara puratanya dianggap bakal membebankan
rakyat. Sebuah tanggungjawab berat yang perlu digalas oleh ahli panel dalam
menjelaskan secara terperinci pelaksanaan GST ini tidak perlu menjadi igauan
para mahasiswa, bahkan ianya adalah sebuah sistem cukai yang sistematik dan
baik.
Namun, persoalan
juga timbul tatkala mahasiswa inginkan kepastian dan jaminan dari pihak
kerajaan dalam mencerahkan kembali tahap persediaan negara Malaysia serta
warganya dalam menghadapi perlaksanaan sistem cukai yang baru ini.
Justeru,
dapatlah disimpulkan disini bahawasanya mahasiswa USIM cakna terhadap isu semasa
dan sentiasa mendokong usaha murni Universiti Sains Islam Malaysia dalam
melahirkan mahasiswa/i yang berjiwa cintakan negara.
Foto 1 : Mahasiswa hadir mendengar pengisian ilmu.
Foto 2: Sesi soal jawab
Editor SekreFEM
Lajnah Multimedia dan Penerbitan
Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Fleksibel.Efisien.Mesra
0 comments:
Post a Comment