Sunday 10 May 2015

DEBAT PIALA IBNU KHALDUN: USIM DINOBAT SEBAGAI JUARA

Posted by sekrefem | 06:16 Categories:

USIM,12 APRIL 2015 – Menggalas tanggungjawab dalam memperkenalkan Fakulti Ekonomi dan Muamalat di peringkat nasional, Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kerjasama Kelab Debat Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan sebuah pertandingan debat ekonomi Piala Ibnu Khaldun peringkat kebangsaan pada 12 April 2015 sehingga 15 April 2015.

Pertandingan debat ekonomi ini disertai oleh 8 pasukan yang hebat iaitu USIM A, USIM B, TAMHIDI ( Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia), Uitm ( Universiti Teknologi Mara,Dungun) , UMP (Universiti Malaysia Pahang) , UNiZA (Universiti Sultan Zainal Abidin), UM (Universiti Malaysia), dan UTM (Universiti Teknologi Malaysia,Skudai).

Bertemakan isu ekonomi Malaysia, pertandingan ini berjaya mengangkat nama USIM dalam bidang perbahasan tatkala pasukan USIM A selaku pembangkang berjaya merangkul Johan dalam pusingan akhir menundukkan usul yang dibawa oleh pihak kerajaan iaitu UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin).Jalinan persahabatan antara universiti turut terjalin apabila setiap pasukan bersaing secara sihat dan bersikap professional dalam menerima segala keputusan juri.

Perasmian penutup pertandingan Debat Ekonomi Piala Ibnu Khaldun ini disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Asin Dollah dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin.


                Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada mana-mana pihak yang membantu menganjurkan pertandingan ini secara langsung dan tidak langsung.


0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube