Monday 16 June 2014

MaJLiS KeCeMeRLaNGaN MaHaSiSWa 2013/2014

Posted by sekrefem | 10:07 Categories:

Assalamualaikum...

"Man Jadda WaJada, Wa Man Zara'a Hasoda" 

Alhamdulillah, sebuah majlis penghargaan telah berjaya dilangsungkan sekali lagi oleh Pihak Fakulti Ekonomi dan Mualamat dengan kerjasama Sekretariat Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM) sesi 2013/2014 apabila menganjurkan Majlis Kecemerlangan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi & Muamalat 2014 pada 17 Mei 2014 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3), Universiti Sains Islam Malaysia. 



Majlis ini melibatkan semua pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang telah memperolehi kecemerlangan sejak sesi pengajian akademik semester 1 dan 2 bagi sesi pengajian akademik 2012/2013 dan semester 1 bagi sesi pengajian 2013/2014. Seramai 243 peserta dijemput hadir yang    terdiri   daripada pelajar FEM daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

 Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan Mahasiswa/i FEM yang berjaya memperolehi pencapaian gred semester 3.60 dan keatas pada peperiksaan akhir yang lepas iaitu bagi Sesi I 2012/2013, Sesi II 2012/2013 dan Sesi I 2013/2014. Ia juga  sebagai pendorong kepada   Mahasiswa/I FEM untuk      meningkatkan pencapaian  akademik. Di samping itu,   majlis ini juga diadakan bagi menghargai sumbangan pensyarah dan pelajar yang pernah mengharumkan nama FEM dalam bidang masing-masing. 



Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat iaitu Dr. Amir   Shaharuddin. Turut hadir   dalam majlis ini adalah Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi) FEM Dr.Nursilah Ahmad dan Dr. Siti Nurazira Binti Muhd Daud.

Kemudian, majlis ini diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Fourteen yang terdiri daripada pelajar Fakulti Quran dan Sunnah.
 

Program ini juga mendapat sokongan yang baik dari pihak pentadbiran dan para pelajar FEM agar dapat diteruskan pada tahun akan datang. Harapannya, agar Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat 2014 dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan menjadi salah satu sumbangan pihak SekreFEM kepada pelajar FEM.


Allahu Ta'ala A'lam.

"Melestari Sahsiah, Membudaya Ilmu"

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube